Pages

MooD terus bertukar selepas....

bgun pagi td..
sgt sedih
xde mood
rse putus asa
x rse nk bergelak ketawa
plg sedih:org yg ak perlukan utk luahkan bnde ni....TAK DE
at least die bole bg kata2 semangat sket
tp malangnya....
terpaksa la melayan perasaan sorg2...

apehal ni??
ntah la ak pon tak tau
smlm ak ade mimpi psl......
ak tau bnde tu TAK BOLE DIPERCAYAI
mainan S****N
tp.....
slalunya mmg akn berlawanan
knape la bole jd mcm ni?

ok lpas ni,
ak rse mlas da nk fikir lebih
bnde tu HANYA SEKADAR MIMPI JE OK!
tp kalau betul bnde tu berlawanan cmne???

wallahualam bissawab

Alangkah Indahnya.......

Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.


Assalamualaikum w.b.t

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.




Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..




Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.






yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23


tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.


Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibada sepanjang hari.


Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu


perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.






Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”


Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin


Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.




Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh


kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!




Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”


Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.




Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..






Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.






Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg ak tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang

daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”


Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.




Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.


Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di


situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”


Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan


betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”


Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.


Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.


Mencintainya suatu kemuliaan…


Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”


Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)


p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)


sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…


banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)


Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Sila Baca Wahai Umat Islam Sekalian..Ini Sgt Penting!


Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah....


Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.

Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:


- Lake of Gennesaret



- Lake Kinneret



- Sea of Tiberias







Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...







Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi

Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.

dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:

- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...

- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)

- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???

- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....

- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...

-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,

dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...

-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:

- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!



Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.

Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ï·º sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.


Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......

KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...

Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan

Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:

-melangsaikan hutang dunia

-membeli tanah di kawasan pedalaman

-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung

-membeli kuda seorang dua ekor

-mengasah pedang dan mencanai keris

-menguasai kembali teknik MEMANAH

-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang

Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...


Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNANabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.
Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.



dah laen..

mcm da berubah je
sjak busy ber-prog sne sni
serious mcm laen
bkan lg mcm dlu yg ak kenal
knape??

tetibe ak rse sumenye cm sia-sia
bile bukak,ade je bnde yg mnyakitkan hati
so nk teruskan atau tak?
tutup je la..tp...tp..
tp ni FYP _  _ _
klo ak stop
abes kang kne ceramah
n mungkin da tak jmpe lg yg mcm tu..
SO whats next???

bila teringat,dia muncul!..nk jerit bole???!haha~

bila dlm teringat n dilemma...
dia muncul!
plg bestt..
diiringi plak lagu Insha Allah by Maher Zain(tetiba lagu  ni maen time td..mcm tau tau je)
terima kasih!
terima kasih!
terima kasih!
*ak sure korg x paham ak cite psl pe kn???xpe2 nanty korg akn paham...

bile la ak nk mula study ni...??

mcm2 bnde dtg SELEPUK depan mate!
hambik kau.....!
aisehh..ass yg bertimbun2
msalah itu dan ini
alahaiii..
dengan harapan ak dpt settlekan sume bnde2 ni TANPA TENSION..bole tak??
Insha Allah! (mksudnye settlekn le awl2 ye)

harta benda ORANG,buat mcm ORANG punye OK!

AKU tak pena pon teringin,
AKU tak pena terliur
AKU tak pena tergedik-gedik
nk SELONGKAH  harta bende ORANG

KO punye harta bnde ak tak pena sentuh pon
tp KO???
dgn muke TEMBOK nye,bkan main lagiiiiiii...
habis sume ko nk CHECK??!SIASAT??!
PERLU KE???!!
KO kate x suke org lain KACAU brg KO!
HABES TU..KO???
boleh plak buat mcm tu??
Sakit Hati tau tak!!!
cakap tak serupa BIKIN.
Tolonglah manusia-manusia mcm ni...

mcmmne ak nk mulekan hah???

kalau seseorg tu bgtau kte yg die spesis yg 'sensitve' or'mudah terase'..
means : ko nk suro ak wt pe???
nk suro ak jge ati kau lah???
camtu??

abes tu ak tak SENSITIVE r plak,x 'mudah terase' la plak??....
ak xde perasaan ke?
tu la,lainkali nk ckp pakai otak ok!..
bkn maen ikot sedap mulut je
ko nk ak jage hati kau!
TP...ko x pernah pon nk jge ati ak!
ko memalukan ak lg ade..
mcm ni ke kawan???haaa??
pls la STOP IT
aku klo da terase,ak akn jd laen...serious sgt lain
samada ak akn tros diam
atau join sekali
atau ak blas balik!(bile ade point nk serang)

sila ckp pakai otak k!
klo nk tegor,
biarlah dgn care yg betol,
jgn main ckp ikot sedap mulut je

seriously,
ak jnis yg suke fikir perasaan org dlu bbanding diri sendiri SEBELUM NI...
SANGAT2 MENJAGA HATI ORG LAIN!
Habes tu,bile da terkene 'peristiwa' yg sgt menyakitkan hati ak,bru ak sedar....
Jgn terlalu memikirkan perasaan org laen sehingga kita sendiri merana,sedangkan org laen x jage pon ati kte ...(zalim ke klo ak wt camni??)
HABES TU HATI AK SPE NK JAGE???